Jumat, 08 Februari 2008

PANDUAN AM UNTUK STAF SEKOLAH

1. Arahan Am
Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.

1.2 Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahamidan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandunganPerintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.

1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.

1.4 Semua gur dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang.

1.5 Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.

1.6 Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas.

1.7 Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.

1.8 Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.

2. Kedatangan

2.1 Jadual waktu belajar mesti dipatuhi serta ditetapkan oleh pihak sekolah.

2.2 Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 5 minit sebelum waktu belajar dan menandatangani Buku Kehadiran semasa sampai dan sewaktu balik sekolah.

2.3 Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin supaya jadual waktu ganti dapat disediakan.

2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan.

3. Keluar waktu mengajar

3.1 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan/Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar / Penolong Kanan.

3.2 Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan dituliskan dalam Buku Rekod Keluar. Dapatkan tandatangan Guru Besar/Guru Penolong Kanan sebelum keluar.

3.3 Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Guru Penolong Kanan/Penyelia Petang.

4. Cuti

4.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal

Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046. SJ/A/ (30) bertarikh 24 Disember, 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar.

4.2 Cuti Sakit

4.2.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

4.2.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh

4.2.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kemeterian Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji.

4.3 Cuti tanpa gaji

4.3.1 Mengikut Perintah Am Bab Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang mustahak.

4.3.2 Cuti Tanpa Gaki daripada kakitangan bukan gur hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya.

4.3.3 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.

4.3.4 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.

4.3.5 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.

4.4 Cuti Sambilan (Lihat Lampiran IV)

4.4.1 Cuti Sambilan ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.

4.4.2 Cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara agama bagi tempoh tujuh hari dalam setahun.

4.5 Cuti Keluar Negeri

4.5.1 Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan dari Jabatan. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.

5. Sijil Pendaftaran Guru/Permit Mengajar/Buku Biru

5.1 Semua guru yang mengajar perlu mempunyai permit mengajar yang diperbaharui pada setiap tahun.

5.2 Guru yang mempunyai Sijil Pendaftaran Guru/Buku Biru hendaklah mengemaskinikannya.

6. Pakaian

6.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur.

6.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan.

6.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang sesuai.

6.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai.

6.4.1 Guru perempuan – seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit.

6.4.2 Guru lelaki – seluar pendek, seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi. Kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.

7. Perhubungan Sesama Guru

7.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama gur dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.

7.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/fahaman/pendapat/kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain.

7.3 Perhbungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.

8. Bilik Guru

8.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru.

8.2 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.

8.3 Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.

8.4 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.

9. Perjawatan dan Pengajaran

9.1 Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Guru Besar.

9.2 Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Guru Ketua Panitia, Guru Kanan Penolong Kanan (Penyelia Petang untuk Sesi Petang ) atau Guru Besar.

10. Tugas

10.1 Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran atau tugas khas. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.

10.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan misalnya, menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pendidikan atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa kebenaran Guru Besar.

11. Buku Rekod Mengajar

11.1 Setiap guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengn teliti, kemas dan lengkap. Buku ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari Jumaat untuk disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar/Penolong Kanan/Guru Kanan.

11.2 Jika seorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan/Penyelia Petang.

11.3 Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan.

12. Jadual Waktu

12.1 Guru Darjah hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri.

12.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.

13. Jadual Kedatangan Pelajar

13.1 Setiap guru Darjah akan diberi sebuah buku kedatangan pelajar, Guru bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang tercetak di bahagian dalam kulit hadapan.

13.2 Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada setiap hari oleh guru darjah pada waktu pertama. Sekiranya guru darjah tidak hadir, Penyelaras kelas bertanggungjawab menandanya.

13.3 Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat.

13.4 Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau berselang-seli dalam satu minggu, ibu bapa/penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis.

13.5 Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh guru yang bertanggungjawab.

13.6 Guru tidak dibenarkan membawa balik Buku Jadual Kedatangan murid.

14. Keselamatan Harta Benda Sekolah

14.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah.

14.2 Ketua Panitia/Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat dan bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.

15. Kebersihan

15.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat.

15.2 Guru Kanan/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat khas (bengkel bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut.

15.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan pelajar.

16. Surat-menyurat

16.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak berkenaan.

17. Surat yang diterima

17.1 Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-surat tersebut.

17.2 Jika surat itu dituju kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Guru Besar, surat itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil tindakan.

17.3 Jika surat itu ditujukan kepada guru Besar dan Guru Besar mengedarkannya untuk tindakan guru berkenaan, maka guru itu hendaklah ;

17.3.1 mengambil fail yang berkenaan di pejabat jika fail itu tidak ada dalam simpanannya.

17.3.2 mengambil tindakan yang diperlukan.

17.3.3 Memuangkan semula fail itu ke pejabat

18. Pergi ke Jabatan Pelajaran / Jabatan Pelajaran Daerah

18.1 Guru-guru tidak digalakkan pergi ke jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk urusan peribadi

19. Pelawat

19.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar/Penyelia Petang terlebih dahuilu. Guru tidak dibincangkan dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual KECUALI dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya.

20. Membeli Barang

20.1 Guru yang hendak membeli barang mestilah memohon kebenaran dengan menggunakan borang yang boleh diperolehi di pejabat.

20.2 Borang ini mestilah mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia/guru kanan/Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh guru Besar.

20.3 Semua pesanan yang melebihi RM 50.00 mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan.

20.4 Segala invois mestilah ditandatangi oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas.

21. Kegiatan Kokurikulum

21.1 Senmua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur.

22. Perhimpunan Sekolah

22.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa dan hari-hari yang ditetapkan.

22.2 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang.

22.3 Guru akan sama-sama murid menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah

23. Mesyuarat Guru

23.1 Dari masa ke masa Guru Besar akan memanggil mesyuarat guru. Kedatangan semua guru ke mesyuarat ini adalah diwajibkan.

23.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan/ Ketua Panitia.

24. Buku Stok/Inventori

24.1 Guru kanan atau ketua panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok/inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Guru Besar/Penolong Kanan.

25. Tanda Nama

25.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah/di luar sekolah.

26. Keahlian Kelab Guru/PIBG

26.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli Kelab Guru dan PIBG sekolah.

26.2 Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat.

27. Penggunaan Alat-alat

27.1 Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan.

27.2 Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua-ketua Bahagian atau Penjaga Stok.

27.3 Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik.

27.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta-merta.

28. Arahan dan Pekeliling

28.1 Setiap arahan dan surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.

28.2 Sekiranya arahan dan surat pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas.

28.3 Sekiranya surat pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan Pendidikan/PPD guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil.

29. Telefon/Fax

29.1 Penggunaan telefon/fax hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru hendaklah menggunakan telefon awam atas urusan peribadi.

30. Kunci

30.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat.

30.2 Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, dia mestilah mendapat kebenaran dan Guru Besar. Guru tersebut bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya.

31. Acara atau Majlis Sekolah

31.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.

Tidak ada komentar: